Wednesday, March 22, 2017

Capati yang lembut & sedap


Menu dinner we all last saturday nite kat kampung warisan. Sebelah tengahari tu buat kenduri dan antara lauk yang dihidangkan ialah kari daging. Ada lebih, tu yang my induk kata jom la buat capati. Dia hulurkan resepi capati kak ina ni yang dia dah lama print tapi x terbuat-buat lagi sbb sunyi tinggal dia berdua je kat kampung sejak arwah nenek kembali ke rahmatullah September last year. Ini la peluang nak mencuba sbb bukan senang nak kumpul ramai-ramai dah sekarang.

Memang best resepi yang kak Ina share, lembut je capatinya. Definitely a keeper. Resepi bawah ni I dah tukarkan kepada sukatan 1 kampit tepung atta tu, kalau xsilap 1 kg kot. Laku keras, sampai xcukup buat sekampit hari tu.

CAPATI LEMBUT

Sumber: Kak Ina KL

1 paket tepung atta
1 1/2 - 2 cawan air suam - yang ni agak-agak hingga adunan boleh diuli membentuk doh
10 sudu besar minyak
10 sudu besar susu segar/kotak
secubit garam
sedikit minyak/gee sapu atas roti bila dah masak. - tak buat pon sbb lebih suka mcm tu je

Masukkan tepung dalam sebuah bekas dan masukkan garam dan kacau rata. 
Masukan air suam sedikit demi sedikit dan masukkan susu sekali. 
Masukkan air sedikit demi sedikit sehingga doh melekat kat tangan, masukkan minyak sedikit demi sedikit sehingga doh menjadi lembut. 
Uli lagi sehingga 5 minit dan doh jadi licin dan lembut. 
Tutup doh dengan kain lembab dan biarkan dalam 1/2 sehingga 1 jam. Setelah itu bahagikan doh kepada doh yang kecil. 
Canai doh (jika melekat taburkan sedikit tepung atta/capati) dan masak dalam non stick pan dengan api sederhana sehingga keluar gelembung kecil. 
Angkat dari pan dan ulangi proses sehingga habis.



2 comments:

  1. Replies
    1. Tq kak ina, kongsi resepi ni ... sedap la ... sekilo tepung mmg xcukup ... ;)

      Delete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...